Kami akan memulakan sistem perekrutan baharu, berkuat kuasa pada 30 Mei. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk menyemak permohonan anda dan memberi pertimbangan yang secukupnya, anda mungkin akan diminta untuk memohon semula di dalam sistem baharu kami pada masa akan datang. Kami faham bahawa ini bukan pengalaman yang terbaik bagi calon, namun kami menghargai pemahaman dan sokongan anda.
Sertai salah satu penyedia penyelesaian semikonduktor maju paling inovatif di dunia. Micron menggabungkan minda paling pintar dalam perniagaan dengan portfolio memori paling lebar di dunia, mencipta teknologi yang digunakan oleh jenama global peneraju untuk menjadikan pengkomputeran lebih pantas, perjalanan lebih selamat, penjagaan kesihatan lebih berkesan dan banyak lagi.
Inovasi Anda. Memori Kami.
Memandangkan Micron mahu memperkembangkan kepimpinan teknologi, kumpulan Pembangunan Teknologi akan menerajui usaha itu. Tiada dua hari adalah sama dalam Pembangunan Teknologi, jurutera kami dicabar untuk bertindak di luar "apa yang tidak boleh dilakukan" demi menghasilkan produk semikonduktor yang paling inovatif. Sama ada ia adalah lukisan pantas di sekeping kertas atau pada tisu di kafeteria, idea-idea spontan ini boleh bertukar daripada lakaran, kepada paten, prototaip, mahupun teknologi baru yang mengubah industri.
Jika anda menginginkan kerjaya yang menawarkan kepuasan peribadi , kerjasama antara masyarakat global, dan peluang untuk kemajuan , pertimbangkan pekerjaan dengan pasukan Pembangunan Teknologi Micron .